peng 'itot'

Friday 13 December 2013

A cat with a MODERN name

ASSALAMMUALAIKUM w.b.t

Hello, Hello, Hello

First of all ..........
*p/s sila membacanya dengan suara seperti DORA THE EXPLORER bagi dua baris ayat dibawah.. hehe
Adakah anda mempunyai haiwan peliharaan ? *baku sungguh ayat itu 
Apa nama yang korang panggil?

comei?
bulat?
meyah?
tenjo? *ini kucing kesayangan kawan haku
buruk dan beruk? *ini name kucing abang aku errr...
Tayar? *abang aku jugak yang bagi sebab beliau suke duduk kat tayar kereta

Pelik-pelik kan bile meletakkan nama haiwan kesayangan korang tu.  Contohnya abang aku tu main petik je nama-nama kucing dia.. haih....

Tapi lain pulak bila anak sedara aku si TAAJ MUNIRAH ni bagi nama kucing
Modern Sungguh!!!!

SITI & FARAH
it's SITI
yang ni gambar Cik Siti. Gambar Cik Farah tak dapat nak ambil sebab die takotkan orang.  Dalam takot-takot die pon, sempat lagi die curi ikan mak aku kat dapor tadi! kureng asem punye Farah! cISsss~



Thursday 12 December 2013

hidup di dunia hanyalah SEMENTARA

uishh bersawang blog aku ni.. dah lame x post story..
Sejak menanam anggur ni adalah masa terluang sikit hehe..
Nk citer pasal hidup di dunia hanyalah SEMENTARA.
Tengah syok membaca status facebook sekalian.. Tertarik dengan ayat ni

surah Al-anbiya 34-35
Dan kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini).  Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kamilah kamu semua akan dikembalikan


Bila terbaca ayat ni, baru tersedar yang disekeliling kita hanya bersifat sementara...
Its TEMPORARY my dear!
Tak pecaya?
Cer kamu tengok bateri handphone kamu tu...
Hahhhh dah LOW BATERY kan?
Tak lame lagi 0% lah tu...
Tengoklah.. Batery tu hidup sementare je pun...
Tanpa bantuan tuan empunya handphone tak hidup jugak....

Sama la macam kita.. 
Jika Allah s.w.t tak izinkan kita bernafas
Kita tak nampak dah Keindahan bumi Allah ni..

Jadi, bila tersedarnye diri HIDUP INI HANYALAH SEMENTARA seharusnya kita berfikir apa yang perlu dicari sementara masih bernafas ?

kemewahan?
kereta berderet-deret?
banglO mengalahkan KLCC kah?

heLLoOoo….
itu semua HARTA yang tidak boleh dibawa apabila kita tiada nanti! 
Apa yang dibawa adalah ILMU,
ILMU adalah kunci DUNIA AKHIRAT…

Sekadar peringatan bersama……
Untuk diri aku juga

wahai hati……….
Sucikanlah ia dengan perkara-perkara yang baik
didiklah hati dekatkan diri pada Allah
wahai tangan…..
selalulah kau menderma, menolong orang susah dan melakukan kebaikan
wahai kaki………..
selalulah engkau singgah di tempat yang jauh dari maksiat
wahai DUDU DHIYA
selalulah bersujud pada yang satu…
selalu ingat padaNya
Jauhi apa yang dimurka olehnya
berubahlah sikit demi sedikit
Carilah lagi sinar dariNya
bertaubatlah sebanyak yang mungkin ……. Pesan aku pada HATI ini..

Mesti beringat..
kita hidup di dunia hanyalah SEMENTARA, dunia akhirat itu PASTI